Saturday, November 26, 2011

Marah versus Maaf

walau hatimu disakiti 
walau dirimu dicaci 
walau dirimu dikhianati 

belajar lah untuk bersabar
belajarlah utk memaafkan..
memaafkan itu lebih baik dari memendam
memendam yg akhirnya membawa pada dendam.

jika marah tahanlah
jika geram redakanlah
jika sakit maka bersabarlah..
insyaallah ganjaran sgt besar dariNya
& sesungguhnya 
Dia cinta akan makhlukNya yg penuh rasa sabar..

sentiasalah tersenyum..
insyaAllah engkau kan rasa betapa manisnya sebuah KEMAAFAN




moral of the story: elak marah,kekal sabar,belajar memaafkan & maniskan diri dgn SENYUM ! =))


Sunday, November 20, 2011

Doa dari hati , bukan sekadar di bibir




Abu Hurairah : " Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "
(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Allah tidak memandang doa yang datang dari hati yang alpa.. 
Salah satu kealpaan hati yang terjadi ialah
 apabila doa diungkapkan tanpa mengetahui maknanya.. 
oleh itu, 
berdoalah dari hati , 
& bukan hanya sekadar di bibir..



Monday, November 7, 2011

Ayuh amalkan zikir yg diajar oleh Rasulullah S.A.W =))

assalamualaikum...

alhamdulillah baru je selesai nengok drama di TV3.. Panggilan Baitullah.. drama yg memberi byk keinsafan buatku..

dalam drama tu ada kedengaran sayup2 suara Munif Hijjaz mendayu-dayukan doa taubat as song effect drama tersebut.. sebak hati..


Maksudnya:

Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…

doaku, aku ingin mati dalam keadaan yang baik,husnulkhotimah ,kalau boleh dalam keadaan bersujud kepadaNya.. Amin..



Wednesday, October 26, 2011

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK


tgok je gambar ni dah cukup buat perut berbunyi2...tapi???

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! 
Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. 



Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). 


Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. 
Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.


Friday, October 14, 2011

(✿◠‿◠)




~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..
dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..
kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan 
BERTUKAR..

(✿◠‿◠)




Thursday, August 11, 2011

Jangan terlalu jual MAHAL & jangan pula terlalu MURAH !


Seseorang wanita itu perlu berhikmah dalam mempamerkan dirinya sbgai mempunyai maruah & berkualiti. Dia tidak harus terlalu menyombongkan dirinya dengan lelaki shingga menolak mentah2 apabila dilamar. Jika dia tidak suka akan seseorang lelaki , maka berterus-teranglah dgn baik atau menyuruh lelaki berkenaan memasrahkan harapan kpada Allah s.w.t kerana apabila sudah jodoh tidak ke mana. 

Hakikatnya Allah jualah yg menentukan titik pertemuan.

Wanita juga tidak harus terlalu mendambakan kasih sayang daripada seorang lelaki lantaran hati sudah jatuh cinta. Dia perlu bertegas dan mempunyai pendirian agar maruahnya tidak jatuh ke tangan lelaki. Lumrahnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap wanita yang harga dirinya agak murah. 
Selain itu, hilangnya kualiti wanita itu di mata lelaki apabila dia terlalu “tergedik-gedik” minta untuk dicintai !

copied from : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ,Solusi-32


Sunday, August 7, 2011

hapuslah kau wahai gundah di hati

Kadang2 apa yg kita inginkan x selalu kita capai,
Kadang2 apa yg kita rancang x selalu berjalan lancar,
Kadang2 apa yg x disangka2 sering terjadi, &
Kadang2 apa yg kita sayang itu x baik untuk kita
Sebaliknya apa yg kita benci itu adalah yg benar2 terbaik..



Indahnya aturan Allah..
Dia tidak memberi apa yg kita inginkan,
Tetapi dia akan memberi apa yg kita perlukan.
Allah memberi di saat kita benar2 perlukan sesuatu
Agar kita mengenal erti syukur..

Jadi, usahlah meratapi kesedihan itu
Kerna air mata xselamanya abadi.
Usahla mengeluh pda dugaan yg tiba
Kerna ia hanya sekadar untuk mendidik jiwa mnjadi sabar
Usahla merintih sekiranya diuji sesuatu
Kerna semakin byk kita diuji semakin Allah menyayangi kita..

Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kita..
Pergilah duka , hilanglah derita..

>_<




Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan bulan penuh barakah , jangan lepaskan peluang !

Amal ibadah bulan Ramadhan

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan: 


1. Solat sunat tarawih. 

2. Solat-solat sunat yang lain. 

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya. 

4. Memberikan hidangan berbuka puasa. 

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya). 

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t. 

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka. 

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran. 

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros,
fitnah-memfitnah,berbohong dan sebagainya.


RAMADHAN KAREEM..
Sama2 kita menjadikan Ramadhan sbg titik tolak utk berubah kpd insan yg beriman dan bertaqwa kpd Allah...insyaAllah
>_<



Tuesday, August 2, 2011

kesilapan kerap di bulan ramadhan

1)  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja 
    (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2)  Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3)  Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

4)  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5)  Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

6)  Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

7)  Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 

8)  Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat

9)  Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat
        dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

sumber dipetik dari blog ustaz zaharuddin


selamat berpuasa ! >,<

Friday, April 15, 2011

Wanita , Kelapa & Mutiara

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang

Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..
dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut
panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama mutiara tertanam..
makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan
pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..

tangisan mengiringi berzaman..



Monday, March 28, 2011

~A Snail Story~

                                           
When someone tells you that you can't do something...


   Don't doubt yourself!
   
     Instead stretch yourself!


You've gotta stick your neck out, go for your best!

Use all your will power and positive attitude …

Never, Never Give Up!


In the end, you will succeed and prove them wrong!

Nothing is impossible, if your heart is willing, and your attitude is positive..

We shall hold on to our dream, focus on our goal, persist in our belief, keep on our positive actions, and lead by our examples, and together, make this world a better place! 
Yes, we can!
Yes, we will!


Thursday, February 3, 2011

Subhanallah..KebesaranNya amat memukauku...

segala puji-pujian hanyalah kepada Allah S.W.T...Dialah yg Maha Berkuasa..Maha Besar..Maha Pemberi Nikmat..Maha Kaya..tiada apa yg dapat dibandingkan denganNya..Allahuakbar..di sini sy nk share sedikit info2 yg mgkin korg sume da penah lihat dan penah bace..namun sy sekadar ingin merecall dan merefresh blik minda korg sume agar sentiasa mengingati kebesaran Allah..petikan yg sy ambil drpd satu blog..http://www.juhadi.co.cc/2010/04/10-fenomena-alam-paling-mengagumkan-di.html
di sini ade memperihalkan 10 fenomena alam yg pling mengagumkan..mohon izin ye..:)




10. Ice Circles


Lingkaran-lingkaran es adalah fenomena yang sangat jarang terjadi di permukaan air dingin. Lingkaran-lingkaran besar es ini dapat ditemukan di wilayah Skandinavia dan Amerika Utara. Fenomena ini terakhir kali ditemui di Inggris pada Novermber 2009.



9. Red Tides
Fenomena alam ini terjadi akibat konsentrasi mikroorganisme-mikroorganisme di wilayah pantai, tepatnya di sekitar hilir sungai atau di bibir pantai, sehingga membuat air berubah menjadi warna ungu dan merah.


8. Columnar Basalt

Formasi batu yang terbentuk akibat erupsi lahar yang membeku. Fenomena alam ini terdapat di Giant's causeway Irlandia Utara.

7. Sun Dogs
Fenomena alam ini menampilkan 3 matahari pada garis horizon.

6. Moeraki Boulders
Batu bundar di pantai yang terbentuk oleh ombak. Terletak di pantai Koekohe

5. Penitentes
Fenomena alam yang hanya terjadi di wilayah antara Cili dan Argentina. Fenomena alam ini adalah fenomena salju yang meruncing ke atas yang diakibatkan oleh angin yang kencang di wilayah gunung Andes.

4. Light Pillars
Fenomena Visual yang tercipta oleh refleksi cahaya.

3. Catatumbo Lightning
Penduduk Venezuela menyebut fenomena ini "Relampago del Catatumbo". Lokasi petir ini dapat ditemukan di mulut sungai Catatumbo di danau Marcaribo Venezuela. Petir ini tingginya dapat mencapai 5km. Petir ini terjadi 140 sampai 160 kali di malam hari. setiap jam bisa terjadi 280 kilatan petir. Jadi dalam 1 tahun diperkirakan terjadi 448.000 ledakan petir. Petir ini terjadi akibat tabrakan angin yang berasal dari gunung Andes. Beberapa orang mengatakan wilayah ini memiliki lapisan ozon terbesar di bumi.

2. Cave of the crystal
Gua yang berisi pilar-pilar kristal yang terletak di sebuah pertambangan di Cihuahua Meksiko.

1. Pink and White Terraces
Keajaiban alam dari Selandia Baru yang kini tinggal kenangan karena telah rusak akibat ledakan vulkanik gunung Tarawera di tahun 1886. Fenomena alam air hangat ini terbentuk oleh geyser dan es disepanjang lereng gunung. Di bawahnya terdapat kolam air hangat seluas 3 hektar. Sebelum hancur akibat ledakan vulkanik gunung Tarawera di tahun 1886, fenomena alam ini masuk ke dalam 8 keajaiban dunia..

MasyaAllah...