Thursday, August 11, 2011

Jangan terlalu jual MAHAL & jangan pula terlalu MURAH !


Seseorang wanita itu perlu berhikmah dalam mempamerkan dirinya sbgai mempunyai maruah & berkualiti. Dia tidak harus terlalu menyombongkan dirinya dengan lelaki shingga menolak mentah2 apabila dilamar. Jika dia tidak suka akan seseorang lelaki , maka berterus-teranglah dgn baik atau menyuruh lelaki berkenaan memasrahkan harapan kpada Allah s.w.t kerana apabila sudah jodoh tidak ke mana. 

Hakikatnya Allah jualah yg menentukan titik pertemuan.

Wanita juga tidak harus terlalu mendambakan kasih sayang daripada seorang lelaki lantaran hati sudah jatuh cinta. Dia perlu bertegas dan mempunyai pendirian agar maruahnya tidak jatuh ke tangan lelaki. Lumrahnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap wanita yang harga dirinya agak murah. 
Selain itu, hilangnya kualiti wanita itu di mata lelaki apabila dia terlalu “tergedik-gedik” minta untuk dicintai !

copied from : Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ,Solusi-32


No comments:

Post a Comment