Tuesday, August 2, 2011

kesilapan kerap di bulan ramadhan

1)  Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja 
    (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2)  Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

3)  Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

4)  Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

5)  Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih

6)  Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

7)  Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. 

8)  Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat

9)  Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur.

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat
        dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. 

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka

sumber dipetik dari blog ustaz zaharuddin


selamat berpuasa ! >,<

No comments:

Post a Comment