Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan bulan penuh barakah , jangan lepaskan peluang !

Amal ibadah bulan Ramadhan

Dalam khutbah terakhir bulan Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah s.a.w. telah memberi nasihat kepada umat Islam supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah sepanjang bulan Ramadhan: 


1. Solat sunat tarawih. 

2. Solat-solat sunat yang lain. 

3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya. 

4. Memberikan hidangan berbuka puasa. 

5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya). 

6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t. 

7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka. 

8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran. 

9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita. Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros,
fitnah-memfitnah,berbohong dan sebagainya.


RAMADHAN KAREEM..
Sama2 kita menjadikan Ramadhan sbg titik tolak utk berubah kpd insan yg beriman dan bertaqwa kpd Allah...insyaAllah
>_<



No comments:

Post a Comment